Skip to main content

Gunung Rinjani (PART 2)

Sambungan dari kisah Part 1.

Hari : 2

Dalam jam 12.00 malam kene kejut untuk bersiap siap Summit Attack. Minum makan lebih kurang dalam pukul 1.00am lebih kami bergerak slow2. Cuaca sangat sejuk 24 Celsius - 25 Celsius, windy tu yang tak menahan. Sampai ke sum sum hitam, gigil buah pinggang. Jadinya teman menonong tak tentu hala sebab sejuk sehingga tak perasan terjalan sorang sorang. Sebab bila kita berhenti sejuk dia macam terhiris hiris ke pipi. Masa nie dikatakan suhu drop sehingga 4 Celsius.

Okay nie dah nak subuh dalam 4.30am ke 5.00am, pusing belakang takde sape sape dari group yang teman kenai. Cuak dan stress sebab pikirkan kene tinggal dan semua geng dah sampai puncak. Teman guna Gopro jadinya pic malam memang tak bole ler nak snap. Tengok Sunrise sambil minum 100 plus dan cekelat.


Lepas lelah jap sambil tengok sunrise

Nie edit bagi cerah skit. Sejam lebih layan view kat sini. Sambil pikir bole ke naik nie sebabnya lutut baru je operate, tengah denyut denyut pedih plak...adoii

Pabila Sunrise memancor baru perasan ada view tasek nie
Nie dah cerah skit bole la teman layan selfie selfie. Eh tadi gelap tak perasan gaung tue.. Dudok betui betui tepi gaung kalo jatuh habisla. Takde sape nak perasan sebab sorang sorang je masa nie. Ayo...


Teman tunggu kengkawan teman idok nampak muka. Dalam kepala kata memang kompom aku sorang je yang tak sampai lagi ni..
Lawa view dia

Ha... nindia... lagi 200 meter je... Je kome tu jangan percayalah. Uiii banyak la babi dok terkeluor dari mulut nie. Aternye lutut baru la sesangat operate. Pijak satu step kebelakang 3 ke 4 step. Amjadah sungguh..hahhaha. Aternye.. Teman kumpul energy bebanyak, jalan laju laju. Tip dia, jalan 10 step benti jap. Kaki akan menggelusur ke belakang so anda akan ke 7 step ke belakang, jalan laju2 balik. Begitula berjalan non stop tanpa henti. Kat sini la mental fizikal diuji. Rata rata survey mengatakan tahap susah sangat tinggi di trek 200m sebelum puncak. Batu nye berpasir besar dan halus. Maka jadila teori mengatakan Puncak adalah bonus. Tak kira la kome kata apa pon. Tak try tak tau, dah gatai nak naik cubalah selagi bole, kalo rasa nak semput nak mati tapi semangat ada, kira jalan je la. Sakit tue belakang citer. Actually teman tak study langsung pasai batu nie. So macam terperanjat la memula tu , mak aiii teroknya lah oiii..hahhaa. padan muka.

So akhirnya sampai la teman di puncak, mengagau mata mencari kengkawan teman. Takde pong. Seingat teman deme deme nie takde la terserempak ke apa tadi. Hadoiii la. Ada team yang dah sampai bagitau katanye deme tak sampai lagi... Deme bole lepak minum kopi secara berjemaah kat bawah  ghupenyer. Teman je tercicior sorang2. Tula gelut sangat kan. Takpela teman tunggu walaupon sejuk panas terik memancor ke muka nie. Terbakor rase weh. Tunggu punyer tunggu semua akhirnya Alhamdulillah semua sampai. Berjemur sakan kat atas tu 3 jam lebih weh. Balik KL hitam legam birat muka haha.
So Close Yet So Far

Intan dah sampai Yeyyy.. eh cuci mata lah.. Sape tu.. Hellu....ada org bukak baju la...grrrr

Dengor kabor lebih kurang sebulan masa nie ada minah saleh dari German jatuh betui2 kat sini selepas selfie. Mati on the spot.Gaya dia mcm nie la. Dah berselfie guide perasan dan tegor la. Eh bahaya la.. tanah dan pasir jerlus kot kt belakang nie.

Yeyy.. Akhnirnya kami sampai..Yarribaaa Puncak Rinjani

Raikan kejayaan !!!

Teman takde bergambo gini, amik dari Abg Zeli jela. Azli Wahab pic dia ohsem2

Semua team sampai. Alhamdullilah

Raikan bersama Coke , Teman bawak Nescafe je. Tak bole join..hehe , kredit tu Intan untuk pic ni

Sonok nampak? Pedih muka tgu kome tau. Kome sedap je party kopi kat bawah yer.

Masa ni tak la berapa mall sangat macam skrg. Rinjani Mall

Oakley calar balar lepas turun dari rinjani..Sob sob sob...uwaaa

Worth to repeat!!!




Saya jumpa Anjani saya disini!!!

Hazab la nak turun!!!


Sayup nak turun


Jom turun

Syok nyer time nie, Bole buat ala2 main ski. Sekejap je sampai bawah. 

Bye bye Anjani... ketemu lagi ya



haipp belum habis lagi. Baca sambungan Part 3




Comments

Popular posts from this blog

Senarai barang keperluan penting untuk mendaki

Keperluan utama 1) Kasut Ada banyak jenis kasut tapi teman senaraikan 2 jenis yang rasa macam relevan aje dari  ultralight trail sehingga ke mountaineering boots . Antaranya;- Hiking sandal, trail sandal, kasut getah Ringan dan digunakan untuk mendaki secara santai Trail run, hiking boots, mountain boots. Berat adakala ringan dan untuk mendaki serius dan teknikal. Untuk keselesaan dan nak elakkan kaki melecet beli ler kasut 1 atau 2 inci dari saiz sebenar. 2) Pakaian Musim panas kemarau macam Malaysia nie elokla pakai baju Dry Fit dan seluar yang tight atau hiking trousers. Tapi kalau mendaki musim sejuk kene la lebih serius dan amik tau. Teman selalu bawak barang paling minimum. Mau sawan merepek sebab beg berat kan. Jadi untuk meminimumkan baju baju sejuk tuh, Kita bawak yang perlu dan penting. Masa mendaki (Musim Sejuk) 3 je baju asas yang teman selalu pakai time mendaki 1)Baju Thermal (ikut suhu sejuk kalau panas tak payah) 2)Fleece (nipis2 je, kalau panas l

Gunung Rinjani June 2015 (PART 1)

Part 1 Perbezaan Route Sembalun dan Route Senaru Gunung Rinjani adalah gunung berapi yang masih aktif di kepulauan Lombok. Ketinggian setinggi 3726m (12,224ft) menjadikan kedua tertinggi di Indonesia.  Keindahan gunung berapi di kawasan sekitar dan Danau Segara Anak yang menjadi tumpuan para pendaki.   Ianya terletak di kawasan Taman Nasional Gunung Rinjani atau di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat, Rinjani.  Dikhabarkan Gunung Rinjani antara 10 gunung tercantik di dunia. Ungkapan "Kalau sudah mendaki Gunung Rinjani, tak perlu lagi naik ke gunung lain," macam tepat.Sebabnya apabila kita mendaki je Gunung Rinjani kita seolah olah telah mendaki pelbagai jenis gunung ganang dalam hidup kita. Pemandangan padang rumput, mendaki bukit bukau dengan kehijauan, mendaki lereng lereng batu, mendaki sekeliling tasek segara anak yang tak mungkin anda dilupakan. Paling kemuncak apabila anda akan melalui tepian gunung berapi yang membuatkan anda ternganga mulut. Pendakian