Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2016

Kluang Station Coffee

Hai, Apa yang menarik di Bandar Kluang?. Di sini terkenal dengan kopi nya. KLUANG RAIL COFFEE . Kebetulan ada kenduri Bandar Kluang nie, teman nyinggah le Kluang Station Coffee disini. Perlu tahu yer, coffee shop Kluang Station Coffee dah banyak cawangan. Ala ala Kopitiam Ipoh ler. Jadinya teman tak hingin kedai ghupe itu, nak original kat stesen keretapi tue. Jenuh la berwaze, ber GPS semuanya tunjuk hala ke francais Kluang Coffee Shop. Jadinya search ajela, STESEN KERETAPI KLUANG. Anda akan di bawa ke stesen tu. Kedai original nya di dalam stesen tu. Masuk parking RM 1. Parking tu nasib la dapat, space parking kecik naw. Macam macam ada kat sini. Mee Kari, Laksa, Nasi Lemak, Cucur ikan bilis dan sebagainya. Malangnya banyak menu dah habis. Kami sampai dalam pukul 3 lebih, mungkin hujung minggu orang ramai berkunjung ke sini agaknya. Teman penggemar kopi. Jadi takpe la, takde rezeki nak cuba. Next time pasti akan datang lagi nak try segala makanan dia. Kami order cucuk ikan

Gunung Tahan

Gunung Tahan terletak di Taman Negara, Pahang merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia dan ke-6 di Malaysia selepas Gunung Kinabalu, Gunung Trusmadi, Gunung Tambuyukon, Gunung Murud dan Gunung Mulu yang berketinggian 2187 meter (7186 kaki). Ianya termasuk dalam senarai G7, gunung  yang berketinggian melebihi 7000 kaki dan menjadi idaman para pendaki bagi melengkapi misi, visi dan pengalaman sebagai pendaki tegar. Sekiranya anda mempunyai keberanian semangat yang berkobar kobar untuk mengharungi sungai, berjalan di atas trek yang jauh dan kem berhari hari, maka ini lah tempat yang sesuai. Gerenti ini merupakan tempat paling berharga untuk menimba pengalaman. Menguji mental dan fizikal paling tahap tertinggi dan paling agung sekali!. Dikatakan Gunung Tahan the most challenging trek in Malaysia. Disitu kita akan berbalik kepada fitrah semulajadi manusia. Mengenal erti hidup, muafakat, bersatu, tolong menolong, survival dan pelbagai lagi. Berbanding dengan Gun