Skip to main content

Gunung Tahan

Gunung Tahan terletak di Taman Negara, Pahang merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia dan ke-6 di Malaysia selepas Gunung Kinabalu, Gunung Trusmadi, Gunung Tambuyukon, Gunung Murud dan Gunung Mulu yang berketinggian 2187 meter (7186 kaki). Ianya termasuk dalam senarai G7, gunung  yang berketinggian melebihi 7000 kaki dan menjadi idaman para pendaki bagi melengkapi misi, visi dan pengalaman sebagai pendaki tegar.

Sekiranya anda mempunyai keberanian semangat yang berkobar kobar untuk mengharungi sungai, berjalan di atas trek yang jauh dan kem berhari hari, maka ini lah tempat yang sesuai. Gerenti ini merupakan tempat paling berharga untuk menimba pengalaman. Menguji mental dan fizikal paling tahap tertinggi dan paling agung sekali!.

Dikatakan Gunung Tahan the most challenging trek in Malaysia. Disitu kita akan berbalik kepada fitrah semulajadi manusia. Mengenal erti hidup, muafakat, bersatu, tolong menolong, survival dan pelbagai lagi. Berbanding dengan Gunung Kinabalu  rintangan utama adalah berlawan dengan Higher Altitude. Pendakian selama 2 hari dan ada porter,maka pendakian anda di Gunung Kinabalu agak memudahkan. Berlainan di Gunung Tahan anda perlu carry beban di belakang anda selama berhari hari malah ada yang berminggu. Kekuatan fizikal dan mental untuk mengendong ration makanan, air, shelter  sepanjang on trek di dalam hutan ditambah perlu mengharungi sungai sememangnya a big challenging!. Strong knees, calf, powerfull fitness and determination are a MUST!. Anggap la macam nak pergi berperang. Hahaha.

Ada 3 route / trek yang boleh dilalui.
  • Sg Relau (Merapoh) – Gunung Tahan – Sg Relau (Merapoh) 4H3M
  • Sg Relau (Merapoh) – Gunung Tahan – Kuala Tahan 7H6M
  • Kuala Tahan – Gunung Tahan – Sg Relau (Merapoh) 7H6M




Tahan yang tak Menahan

Selepas trajedi yang melanda dalam hidup teman, yang hampir meragut nyawa ini. Tipulah kata tak gayat dan trauma. Tapi teman tak nak hidup dalam forever trauma. Kita cuba lah untuk lupakan kisah pahit tue. Dengan cara kita atasi trauma tue dengan menghadapinya semula.
Kira kira 7bulan selepas trajedi, teman dipelawa oleh kengkawan Rosliza Saad dan Arif (Mamat) untuk join trip Gunung Tahan.  Lama juga fikir, walaupun kondisi sebenarnya sememangnya tak berapa nak okay untuk mendaki lagi. Namun teman pikir balik, semua tuh semangat yang akan diuji. Hasil recce dari mulut ke mulut katanya okay la naik Gunung Tahan. Consider okay la naik Merapoh.
Ececeh…dengan semangat teman terima la jemputan mereka ini.
Sehingga lah hari mendaki baru tau sengsara nyer naik Gunung Tahan tuh. Haipp.. siapa kata senang  sangat tuh, kalau uolls compare dengan Kuala Tahan memang la senang lagi Merapoh. Tapi untuk overall ikut Merapoh memang mencabar dari segi mental dan fizikal. Dan extra mental untuk orang yang dalam recovery proses ni cik kak oi… Dah terjebak takkan nak patah balik. Hahhaa
Ketika ini,kaki kiri teman yang berbesi  nie tak boleh bengkok sepenuhnya dan agak sakit la.Tulang belakang masih mencucuk pedih. Kesannya kekuatan tangan tak berapa nak kuat dan adakalah senak, sharp pain di belakang, tak bole nak lompat kalau panjat batu atau akar kayu. So, teman agak slow mo dan jalan berterusan. Rasa serba salah dan cuak gak sebab kompom la ganggu jadual team kan.

30/9/2016 

Lingkungan 3.30pagi kami bertolak ke Merapoh melalui MRR2 Genting. Dari situ kami keluar exit ke Bentong. Perjalanan memakan masa 3 jam dan kami tiba di Merapoh pada pukul 6.00pagi. Sesudah subuh kami bersarapan di warung berdekatan sementara menunggu Pejabat Taman Negara Sungai Relau dibuka.

10.00pagi

Kami tiba di Pejabat Taman Negara Sungai Relau pada lebih kurang pukul 10.00pagi. Disini kami kene punggah semula barang yang di bawa dan dicatit satu persatu segala mak nenek barang barang yang akan dibawa. Pastikan barang yang dibawa naik sama kuantitinya pabila di bawa turun. Nanti kene denda, kesian. Antara barangnya plastik, botol, bateri, pakaian, stoking, gloves dan sebagainya. Nak senang susun elok elok dan asingkan dalam plastic atau beg kecik.

Barang ration dan barang personal untuk diperiksa.


Cara simpan telor dengan betul

11.30tengahari

Dengar taklimat dari guide pihak pengurusan.

Selepas dengor taklimat, kami bergambor dulu di depan Pejabat Taman Negara Sungai Relau


Okay, jom gerak... 


Tiba tiba ada ular tedung selar nak melintas jalan, hmm kene la tunggu dia melintas dulu




12.00tengahari



Akhirnya tiba jua di Kuala Juram.


Taklimat sebelum sampai memulakan pendakian di Kuala Juram
Say cheesyy



Kami tiba di Kuala Juram. Jarak dari Pejabat Taman Negara Sungai Relau ke Kuala  Juram adalah 13km, 40minit dengan menaiki 4W4. Setelah mendengar taklimat  buat kali kedua dengan guide, kami memulakan pendakian dari Kuala Juram lebih kurang pukul 1petang. 
Permulaan trek dari Kuala Juram ke Kuala Luis agak melandai sedikit dengan jarak 5km. Banyak la diskaun treknya .Selepas Kuala Luis mencanak lah sehingga ke Kem Kor. Kami tiba di Kem Kor antara pukul 6 petang ke 7 petang. Anda perlu cari kasut yang bersesuaian, kalau selesa pakai sandal, pakailah. Sebab banyak sungai dan anak sungai yang perlu diharungi sepanjang perjalanan. Tak sempat  kaki nak kering dah basah balik.

12.30 tengahari

Pendakian bermula

Sungai pertama - Trek masih relax lagi
Sungai kedua - Trek dah mula menaik turun nie.
Sungai ketiga - Trek menaik dan berehat di Sungai Luis. Lunch dan Solat
Sungai keempat - Sungai kelapan, rolling dan santai.

Sungai Relau        -             Kuala Jeram          13km     4W4
Kuala Juram         -             Kuala Luis             5km       2jam
Kuala Luis           -              Lata Luis               6km       2 1/2jam
Lata Luis              -              Kem Kor               2.5km    1 1/2jam

Permulaan trek di atas jambatan, Kuala Juram

Okay, Jom!! Permulaan trek 30 minit yang mendatar


Lintasan Sungai Pertama

Lintasan Sungai Kedua

Lintasan Sungai Kedua


Trek Selepas Sungai Ke-2. Dia dah bagi dah...
Trek Selepas Sungai Ke-2. Rolling dan berakar


Lintasan Sungai Ke-3. Lepak, makan dan solat. Kami tiba pada pukul 1.30 petang




Akhinya kami tiba Sungai Luis. Disini Jarak untuk ke Lata Luis, 6km dan ke turun ke Kuala Juram, 5km dan Kuala Luis hanya 306m

Kem Kuala Luis

Lintasan Sungai ke-4. 

Lintasan Sungai ke-5. Pukul 4.08 petang


Lepak jap.. Sambil minum. Pukul 4.59 petang

Berehat Di Campsite Late Luis. Dalam pukul 5.40 petang







Lintasan Sungai ke-7. Berhenti ambil air mineral. Pukul 5.57petang.



6.00petang



Group pertama sampai di Kem Kor. Disebalik Kem Kor ada anak sungai, depa ni bole lepak lama sampai sejam, ingatkan jauh lagi. Walhal sedepa je Kem Kor tu dengan tempat yang ditunggu tuh. 

7.00petang

Keseluruhan group akhirnya sampai dan set up fly dan ground. Masa tengah set up hujan lebat turun. Habisla basah semua orang. Tak dapat nak buat unggun api sambil main ukulele.


9.00malam




Hi Masak apa tuuuuuuu




Kami makan malam yang di masak oleh Gogo Mamat dan Ija. Ada kambing bakar, ayam bakar, daging bakar, nasi, sayur goreng, sambal belacan. Kami makan secara shell out katanya.Bak kata pepatah, “Pikul macam hamba makan macam raja”. Dah kenyang makan, tibalah masa untuk mandi.  Fly kami depan sungai je. Kami bagi lelaki mandi dulu, sebab nya kami nak kongker mandi secara berjemaah gegirl sahaja. Syok or mandi disirami cahaya bulan sahaja. Yang kelakornya punyer seronok mandi sampai tak perasan mandi depan fly guide..kah kah kah. Harap harap tak nampak la apa apa kan. Lain kali jangan percaya dengan malam, pakai jela baju sambil mandi..hahaha #mandibogel #confidentlebih

31/10/2016

Seawal pukul 6.00 pagi dah digerak bangun. Bersiap siap make up kemas fly, beg dan makan pagi. Cuaca sedang elok semasa kami memulakan pendakian. Jarak perjalan dari Kem Kor ke Kem Botak, adalah 16km. Perjalanan nya jauh dan mencanak menguji mental setiap orang. Kalau ikot pace teman memang slow macam siputla. Dengan kondisi  yang masih terasa sakitnya. Dianggarkan perjalanan memakan masa 9 ke 10 jam bagi pace biasa. Pada pukul 7.00petang, hujan dah start turun dan makin lama makin lebat dan berhenti kira kira pukul 11.00malam. Senang citer kami berOT sakan. Lepak sambil masak, bergambar, bahan kengkawan tak la terasa sangat. Paling lama lepak dekat pokok Bonzai tue. Ditambah dengan bawak minah siput ala ala OKU iaitu teman nie. Kami sampai di Kem Botak around 1.00pagi. Syukur dapat kengkawan yang hati suci dan baik hati.
Dah sampai set up fly dan ground dan Gogo Ija dan Mamat start masak. Dapat tidur dalam sejam pon jadilah.

Kem Kor            - Permatang         2.5km    1jam
Permatang          - Kubang              3.5km   1 1/2jam
Kubang              - Berlumut           1.5km    1jam
Berlumut             - Bonsai              5.5km    3jam
Bonsai                 - Bukit Botak      3km       2jam


1/10/2016


Hari Ke-2. Kira kira pukul 9.20pagi. Lintasan Sungai ke-9

Kami curi curi tidur ayam tapi berdengkur gak, so kira tak berapa tidor ayam la. Punyela liat dan malasnya nak bangun lah hai. Hahaha. Bangun gak la,takde makna la nak cuci muka ke cuci gigi. Bangun tidor, angkat beg jalan terus. Gogo sikit lagi nak jadi Hulk Hogan. Kah kah kah. Dalam pukul 5.45pagi, kami mendaki ke puncak. Jalan sambil mata pejam memasing.
Trek ke puncak agak unik. Gunung batu rupanya Gunung Tahan nie. Ala ala macam naik Gunung Kinabalu plak rasenya. Sejuk membeku dan berbatu.
Sebelum matahari terbit akhirnya kami sampai ke puncak, sebelum pukul 7.00pagi. Alhamdullilah kami semua dapat tengok Sunrise.  Akhirnya…..

Hilang penat selepas nampak apa yang terbentang di depan mata. Kaki melecet pecah tak berapa nak rasa dah pabila nampak view yang sebegitu indah. Alhamdullillah.







View Subuh dari Puncak Tahan




Kem Botak










10.00pagi

Dah puas lepak kat puncak, kami turun dan bergambo. Sampai di fly , makan breakfast dan kemas kemas. Lingkungan 12.00 tengahari kami bergerak turun. Dari Bukit Botak ke Bonsai trek open, panas terik takde pokok nak berlindung. Dah masuk Bonsai okayla skit. Lega haih…  Dan seterusnya Bonsai -  Berlumut – Kubang. Kami sampai di waterpoint antara dah pukul 6.00 petang. Teman rasa punye jauh, ntah bila lah nak sampai nie.



Berlumut - Kubang – Permatang

Masa nie dah masuk lepas maghrib, wow.. OT lagi..hehhehee. Macam macam jadi  kat sini. Ada yang pewai sampai dah tak kenal orang pon hado. Jangan memain eh dengan perubahan badan yang penat melampau sampai meracau . Teman yang dah kompom mental layan kaki yang koyak melecet, kene kuatkan semangat, saikokan diri sendiri. Sebab nampaknya ada yang memerlukan perhatian lagi. Berejam berehat dan slow slow di Kubang, akhirnya kami sampai di Permatang pada pukul 3pagi.




Sawi Gunung. Sedap jugakla

Ikutkan memang tak lojik la lama sangat begitu. Tetapi... kami 4 orang mcm kene game je, laluan asyik laluan yang sama, kepala orang asik muncul je atas tanah, asik berpusing pusing tempat yang sama aje nie. Alhamdulilah selepas doa minta elok elok, bukak mata 3 step terus nampak khemah kawan yang dh sampai. Memang tak lojik nama naw sesat di tempat yang lurus. Saje dia ngacau.

Group hadapan tiba lebih awal iaitu pukul 1.30pagi. Alhamdullilah dapat sweeper terbaik. Sabor menanti dan merawat hati yang serabut. (Mendalam tau maksud nie). Tq MAMAT dan MOJA. Ingat nie.. #permatangtragedy. Sesungguhnya semangat setiakawan dan sabar kunci kejayaan kita..hahaha

Akhirnya kami dapat dapat la tido dan berehat dengan sepuas puasnya. Basah kuyup uollsss.



3/10/2016

Breakfast dan gerak ke Kem Kor pada pukul 10 pagi. Group hadapan gerak dulu awal sejam. Dalam 30 minit dah sampai Kem Kor. Hek eleh dekat je..hahahaha. Punye la susah hati takut air minum takde.
(pic makan) di permatang

1.00tengahari

Makan Lunch dan gerak turun terus. Ada salah faham di sini. Kami mati mati ingatkan kene ada bawah (Kuala Juram) sebelum pukul 5.00petang. Group pertama jalan dulu, nak kejor 4W4 punye pasal lah. Budget time memang sempat.  Jadinya, sebenarnya kene sampai atleast paling lewat pon pukul 3petang. Kalau pukul 4petang tu, dah tak berapa nak cantek la. Sebabnya 4W4 nak pick up kita lagi, nak pergi ke pejabat lagi, memang tak sempat la. Paling cun sampai ke bawah pukul 2petang. Kalau diberitahu, bole lah gerak dan plan awai.

Jadinya group hadapan dah sampai ke Kuala Juram pukul 5.00petang (pejabat pon dah tutop). Yang bestnye signal phone pon takde. Kalau nak signal kene la berlari 7km baru ada signal. Makanya kami terkandas dan tido la dekat Kuala Juram. Bentang carry mat dan tido berjemaah. Okay la jugak boleh luangkan masa dengan kengkawan lagi skali. Yang bestnya segala bahan bahan masak semua dah buang dengan seronoknya kat Kem Kor. Hahaha. Nasib la guide ada bawak bahan bahan skit. Boleh la masak tak kebulur malam tu. Yang mana koje tu..menjawab la esoknya.



4/10/2016

10.30pagi

4W4 akhirnya sampai. Itu pun setelah guide pergi berlari dapatkan signal sejauh 7km. Naya betui.
Kami selamat tiba di Pejabat Taman Negara Sungai Relau. Nasib pegawai yang check barang barang nie tak la cerewet sangat. Kalau idak matilanak, lama lagi nak tunggu. Pastikan barang barang yang dibawa turun sama dengan yang yang di bawa naik.
Kami mandi di situ dan barulah lega. Nampak la muka orang akhirnya. Bau kambing jadi bau kasturi. Kuku yang hitam bersih kembali. Kaki habis melecet kopak sana sini. Jalan macam baru lepas kene sunat lagaknya. Kah kah kah. 
Tamatlah ekspedisi kami ke G7 tertinggi di Semenanjung Malaysia melalui Merapoh – Kuala Tahan. Selepas nie ikut Kuala Tahan pulak. Caiyokkk!!!





Taman Negara , Sungai Relau






Comments

Popular posts from this blog

Senarai barang keperluan penting untuk mendaki

Keperluan utama 1) Kasut Ada banyak jenis kasut tapi teman senaraikan 2 jenis yang rasa macam relevan aje dari  ultralight trail sehingga ke mountaineering boots . Antaranya;- Hiking sandal, trail sandal, kasut getah Ringan dan digunakan untuk mendaki secara santai Trail run, hiking boots, mountain boots. Berat adakala ringan dan untuk mendaki serius dan teknikal. Untuk keselesaan dan nak elakkan kaki melecet beli ler kasut 1 atau 2 inci dari saiz sebenar. 2) Pakaian Musim panas kemarau macam Malaysia nie elokla pakai baju Dry Fit dan seluar yang tight atau hiking trousers. Tapi kalau mendaki musim sejuk kene la lebih serius dan amik tau. Teman selalu bawak barang paling minimum. Mau sawan merepek sebab beg berat kan. Jadi untuk meminimumkan baju baju sejuk tuh, Kita bawak yang perlu dan penting. Masa mendaki (Musim Sejuk) 3 je baju asas yang teman selalu pakai time mendaki 1)Baju Thermal (ikut suhu sejuk kalau panas tak payah) 2)Fleece (nipis2 je, kalau panas l

Gunung Rinjani (PART 2)

Sambungan dari kisah Part 1. Hari : 2 Dalam jam 12.00 malam kene kejut untuk bersiap siap Summit Attack. Minum makan lebih kurang dalam pukul 1.00am lebih kami bergerak slow2. Cuaca sangat sejuk 24 Celsius - 25 Celsius, windy tu yang tak menahan. Sampai ke sum sum hitam, gigil buah pinggang. Jadinya teman menonong tak tentu hala sebab sejuk sehingga tak perasan terjalan sorang sorang. Sebab bila kita berhenti sejuk dia macam terhiris hiris ke pipi. Masa nie dikatakan suhu drop sehingga 4 Celsius. Okay nie dah nak subuh dalam 4.30am ke 5.00am, pusing belakang takde sape sape dari group yang teman kenai. Cuak dan stress sebab pikirkan kene tinggal dan semua geng dah sampai puncak. Teman guna Gopro jadinya pic malam memang tak bole ler nak snap. Tengok Sunrise sambil minum 100 plus dan cekelat. Lepas lelah jap sambil tengok sunrise Nie edit bagi cerah skit. Sejam lebih layan view kat sini. Sambil pikir bole ke naik nie sebabnya lutut baru je operate, tengah denyut denyut p

Gunung Rinjani June 2015 (PART 1)

Part 1 Perbezaan Route Sembalun dan Route Senaru Gunung Rinjani adalah gunung berapi yang masih aktif di kepulauan Lombok. Ketinggian setinggi 3726m (12,224ft) menjadikan kedua tertinggi di Indonesia.  Keindahan gunung berapi di kawasan sekitar dan Danau Segara Anak yang menjadi tumpuan para pendaki.   Ianya terletak di kawasan Taman Nasional Gunung Rinjani atau di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat, Rinjani.  Dikhabarkan Gunung Rinjani antara 10 gunung tercantik di dunia. Ungkapan "Kalau sudah mendaki Gunung Rinjani, tak perlu lagi naik ke gunung lain," macam tepat.Sebabnya apabila kita mendaki je Gunung Rinjani kita seolah olah telah mendaki pelbagai jenis gunung ganang dalam hidup kita. Pemandangan padang rumput, mendaki bukit bukau dengan kehijauan, mendaki lereng lereng batu, mendaki sekeliling tasek segara anak yang tak mungkin anda dilupakan. Paling kemuncak apabila anda akan melalui tepian gunung berapi yang membuatkan anda ternganga mulut. Pendakian