Skip to main content

Contact Us

Comments

Popular posts from this blog

Senarai barang keperluan penting untuk mendaki

Keperluan utama 1) Kasut Ada banyak jenis kasut tapi teman senaraikan 2 jenis yang rasa macam relevan aje dari  ultralight trail sehingga ke mountaineering boots . Antaranya;- Hiking sandal, trail sandal, kasut getah Ringan dan digunakan untuk mendaki secara santai Trail run, hiking boots, mountain boots. Berat adakala ringan dan untuk mendaki serius dan teknikal. Untuk keselesaan dan nak elakkan kaki melecet beli ler kasut 1 atau 2 inci dari saiz sebenar. 2) Pakaian Musim panas kemarau macam Malaysia nie elokla pakai baju Dry Fit dan seluar yang tight atau hiking trousers. Tapi kalau mendaki musim sejuk kene la lebih serius dan amik tau. Teman selalu bawak barang paling minimum. Mau sawan merepek sebab beg berat kan. Jadi untuk meminimumkan baju baju sejuk tuh, Kita bawak yang perlu dan penting. Masa mendaki (Musim Sejuk) 3 je baju asas yang teman selalu pakai time mendaki 1)Baju Thermal (ikut suhu sejuk kalau panas tak payah) 2)Fleece (nipis2 je, kalau pan...

Gunung Tahan

Gunung Tahan terletak di Taman Negara, Pahang merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia dan ke-6 di Malaysia selepas Gunung Kinabalu, Gunung Trusmadi, Gunung Tambuyukon, Gunung Murud dan Gunung Mulu yang berketinggian 2187 meter (7186 kaki). Ianya termasuk dalam senarai G7, gunung  yang berketinggian melebihi 7000 kaki dan menjadi idaman para pendaki bagi melengkapi misi, visi dan pengalaman sebagai pendaki tegar. Sekiranya anda mempunyai keberanian semangat yang berkobar kobar untuk mengharungi sungai, berjalan di atas trek yang jauh dan kem berhari hari, maka ini lah tempat yang sesuai. Gerenti ini merupakan tempat paling berharga untuk menimba pengalaman. Menguji mental dan fizikal paling tahap tertinggi dan paling agung sekali!. Dikatakan Gunung Tahan the most challenging trek in Malaysia. Disitu kita akan berbalik kepada fitrah semulajadi manusia. Mengenal erti hidup, muafakat, bersatu, tolong menolong, survival dan pelbagai lagi. Berbanding dengan...

Gunung Rinjani June 2015 (PART 1)

Part 1 Perbezaan Route Sembalun dan Route Senaru Gunung Rinjani adalah gunung berapi yang masih aktif di kepulauan Lombok. Ketinggian setinggi 3726m (12,224ft) menjadikan kedua tertinggi di Indonesia.  Keindahan gunung berapi di kawasan sekitar dan Danau Segara Anak yang menjadi tumpuan para pendaki.   Ianya terletak di kawasan Taman Nasional Gunung Rinjani atau di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat, Rinjani.  Dikhabarkan Gunung Rinjani antara 10 gunung tercantik di dunia. Ungkapan "Kalau sudah mendaki Gunung Rinjani, tak perlu lagi naik ke gunung lain," macam tepat.Sebabnya apabila kita mendaki je Gunung Rinjani kita seolah olah telah mendaki pelbagai jenis gunung ganang dalam hidup kita. Pemandangan padang rumput, mendaki bukit bukau dengan kehijauan, mendaki lereng lereng batu, mendaki sekeliling tasek segara anak yang tak mungkin anda dilupakan. Paling kemuncak apabila anda akan melalui tepian gunung berapi yang membuatkan anda ternganga mulut. Penda...