Skip to main content

Posts

Showing posts with the label G7

Gunung Tahan

Gunung Tahan terletak di Taman Negara, Pahang merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia dan ke-6 di Malaysia selepas Gunung Kinabalu, Gunung Trusmadi, Gunung Tambuyukon, Gunung Murud dan Gunung Mulu yang berketinggian 2187 meter (7186 kaki). Ianya termasuk dalam senarai G7, gunung  yang berketinggian melebihi 7000 kaki dan menjadi idaman para pendaki bagi melengkapi misi, visi dan pengalaman sebagai pendaki tegar. Sekiranya anda mempunyai keberanian semangat yang berkobar kobar untuk mengharungi sungai, berjalan di atas trek yang jauh dan kem berhari hari, maka ini lah tempat yang sesuai. Gerenti ini merupakan tempat paling berharga untuk menimba pengalaman. Menguji mental dan fizikal paling tahap tertinggi dan paling agung sekali!. Dikatakan Gunung Tahan the most challenging trek in Malaysia. Disitu kita akan berbalik kepada fitrah semulajadi manusia. Mengenal erti hidup, muafakat, bersatu, tolong menolong, survival dan pelbagai lagi. Berbanding dengan Gun