Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Hiking

TransBatu 14 - 17 September 2018 - Day 1 14/09/18

Transbatu Fuh Berhabuk Debu Blog ni. Haha. Bismillahirrahmanirrahim... Dengan Izinnya kita bertemu jua kembali. Teman baru aje balik dari Transbatu. Level tahap kesukaran : 8.5/10. Level Angker : 7.5/10 Target area : Puncak Batu Dara - Puncak Batu Bujang - Puncak Batu Putih - Puncak Kok Masa : 4 hari 3 malam 14 September 2018,  8.00 pagi Kami satu team seramai 25 orang berkumpul di Masjid Batu 3, Tapah. Disini starting point untuk menaiki powil. Ada 2 powil angkut kami ke Pos Musoh Lebih kurang 50 minit. Ha ingke bebenor yer... hahaha... Maka bermulalah drama dan episod. Ater...... 9.10am  Ingker benor naik powil. Sorang kawan kami, Aleep namanya berdiri atas powil tak perasan ada satu daun rotan berduri terjulur ke bawah. Mata tengah melihat keindahan sungai, tak sempat la dia nak elak juntaian duri tuh. Ha apa lagi, sapppppp. Tertanggal isi dahi, nyembor darah. Nasib baik tak kene mata. Kena mata mau buta. Terkoyak daging... nie berparu

Gunung Tahan

Gunung Tahan terletak di Taman Negara, Pahang merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia dan ke-6 di Malaysia selepas Gunung Kinabalu, Gunung Trusmadi, Gunung Tambuyukon, Gunung Murud dan Gunung Mulu yang berketinggian 2187 meter (7186 kaki). Ianya termasuk dalam senarai G7, gunung  yang berketinggian melebihi 7000 kaki dan menjadi idaman para pendaki bagi melengkapi misi, visi dan pengalaman sebagai pendaki tegar. Sekiranya anda mempunyai keberanian semangat yang berkobar kobar untuk mengharungi sungai, berjalan di atas trek yang jauh dan kem berhari hari, maka ini lah tempat yang sesuai. Gerenti ini merupakan tempat paling berharga untuk menimba pengalaman. Menguji mental dan fizikal paling tahap tertinggi dan paling agung sekali!. Dikatakan Gunung Tahan the most challenging trek in Malaysia. Disitu kita akan berbalik kepada fitrah semulajadi manusia. Mengenal erti hidup, muafakat, bersatu, tolong menolong, survival dan pelbagai lagi. Berbanding dengan Gun