Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

Kisah dihendap semasa mandi

Kisah dihendap semasa mandi Teman masa kecil tak diajor atau dimomok kan takut dengan hantu. Mak selalu cakap hantu tak wujud. Jadinya teman nie paham ada hantu tapi ada lagi perkara kene takut, iaitu Maha Pencipta di atas sana. Teman masa kecik eiii buas bebenor. Kekadang pikior balik kalau teman di tempat mak dan abah dah lama la kene rimbuk lebam sana sini..haahhaha.  Teman dibesorkan 2 tempat yang berbeza. Dari beranak di Hospital Kuala Lumpur sampai darjah 2 teman dibesorkan di Sungai Besi. Lepas tu bapak teman pencen awai, jadinya pindah le ke Beruas, Perak. Kami berpindah ke rumah Tok wan dah Opah di kampu ng b elah mak. Mula – mula bersekolah kat kampong rasa janggal bebenor. Yelah, dah le nak kene bangun awai subuh pehtu kene mengayuh basikal bapak jauh gile. Lebih kurang 45 minit baru sampai, naik bukit turun bukit baru sampai. Udah berpeluh peluh masam,muka berminyak kene masuk kelas pulok. Teman shock culture sekejap. Sebabnye dok kampong ni, orang busy b

Gunung Berapi Yang Patut Di Lawati Di Indonesia

Klik untuk besorkan gambo nie.

12 Hutan Paling Misteri Di Dunia

Cuba anda bayangkan berlari di dalam hutan dan melihat keindahan hutan yang menakjubkan. Adakah anda jenis yang berani menempuhi cabaran meneroka tempat tersembunyi dan misteri.  Ha… di sini teman list kan untuk mengkeme. Buat sebagai bucket list wishes sekarang!!! 1) Black Forest, Germany Nama hutan ini dikatakan sudah berbunyi misteri dan juga terkenal sebagai rumah kepada banyak mitos dan legenda bagi penduduk tempatan. Dari hantu dan semangat hutan  yang dikatakan berkeliaran , Black Forest menyimpan  pelbagai cerita dongeng dan seram. Tetapi jangan risau sangat. Kawasan yang terletak di  barat daya Jerman sebenarnya ada perkampungan yang menarik dan  menjadi tumpuan untuk para pendaki kerana akan melalui laluan pemandangan yang menarik dan trek yang berbatu batu. 2) Hallerbos, Belgium Setiap musim bunga, hutan Belgium dipenuhi dengan bunga bluebells  ‘bunga seakan akan orkid berwarna biru-ungu’, seolah olah para pengunjung merasakan berjalan di ata

Gunung Rinjani 2015 (PART 5)

Sambungan dari Part 4 Hari : 4 Subuh sapei kami bangun dan sempat la nengok Sunrise walau sekejap je. Lepas breakfast kami siap siap untuk turun ke Pintu Senaru. Ini adalah hari terakhir perjalanan kami di Gunung Rinjani. Sedih dan gembira di hati teman. Kami menurun dari ketinggian lebih kurang 2461m dan lebih kurang  7 ke 8 jam untuk sampai ke Pintu Senaru. Laluan yang kami lalui adalah Jalur Senaru. So pemandangan dan keindahan hutan dan struktur berlainan dari Jalur Sembalun. Awalan turun dari campsite Plawangan Senaru kami dapat menatap Anak Rinjani. Lawa kan? Perghhhh. Pastu laluan mendaki di kaki batu batuan sehingga la kawasan padang dan berbukit bukau dan seterusnya masuk ke hutan tebal. Ha.. kat sini la seolah olah masuk ke hutan di Malaysia. Tebal tak tebal sangat la. Teman rate dari 1/5 sehingga ke 3/5 tahap kesusahan. Nikmati Sunrise di Bukit Plawangan Senaru Anak rinjani dan Rinjani di belakang kami Anak Rinjani Hi Rinjani. Rindu Anjani Plawa

Gunung Rinjani 2015 (PART4)

Sambungan dari Part 3 Hari : 3 Wake up call macam biase pukul 6 subuh sapie. Malas malasan dan lepas breakfast. Deme semua ajak pergi bermandi manda di Hot Spring Waterfull. Lalalaala.. Hot Spring jarak dari Campsite kami dalam 15 minit. Air terjun dia adalah bersulfur, so jangan la diminum yer. Nak terjun tiruk pon bole. Tapi kan lepas shampoo je keras kejung rambut. Bau sulfur je la mengkome semua. hehehe View Hot Spring Waterfall. Pic ni wide so kene perati betui2 la utk nampak hot springnya Dah wangi bau sulfur 3 dara pingitan, dengor kabor air terjun kat sini makin lama makin mengecil. Seiring dengan pergerakan tanah yang masih aktif dengan aktiviti gunung berapi di kawasan nie  Hot Spring Waterfall Danau Segara Anak Bukit di area Hot Spring Waterfall Breakfast dulu Sebelum gerak para guide dan para porter makan dulu Pak Firman punye team. Sambal lombok deme sedap dan pedas berapi. Kalau tak tahan jangan la gatai makan. Walhal plak kat atas