Skip to main content

TransBatu 14 - 17 September 2018 - Day 1 14/09/18

Transbatu


Fuh Berhabuk Debu Blog ni. Haha.
Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan Izinnya kita bertemu jua kembali.


Teman baru aje balik dari Transbatu.
Level tahap kesukaran : 8.5/10.
Level Angker : 7.5/10
Target area : Puncak Batu Dara - Puncak Batu Bujang - Puncak Batu Putih - Puncak Kok
Masa : 4 hari 3 malam


14 September 2018, 

8.00 pagi

Kami satu team seramai 25 orang berkumpul di Masjid Batu 3, Tapah.

Disini starting point untuk menaiki powil. Ada 2 powil angkut kami ke Pos Musoh Lebih kurang 50 minit. Ha ingke bebenor yer... hahaha...

Maka bermulalah drama dan episod. Ater......








9.10am 

Ingker benor naik powil. Sorang kawan kami, Aleep namanya berdiri atas powil tak perasan ada satu daun rotan berduri terjulur ke bawah. Mata tengah melihat keindahan sungai, tak sempat la dia nak elak juntaian duri tuh. Ha apa lagi, sapppppp. Tertanggal isi dahi, nyembor darah. Nasib baik tak kene mata. Kena mata mau buta.


Terkoyak daging... nie berparut jgn ngaku kene duri...cite gempak sikit, bergadoh berparang barula gempak dan real. hehe


Mujur tak buta Aleep oiii


Hati hati kalau berdiri di atas powil tuh... helok duduk ajelah


9.15am

Powil yang kami naik nie lain macam aje dari tadi. Asap putih kelabu makin berkepok kepok keluor asap dari bonet depan. Elok tengah menaik, boleh terkincit juga akhirnya.

Terpaksa parking tepi dulu. Alang alang dah berenti tu boleh lah rawat kepala si Aleep yang koyak berlubang tu. Meydey...Meydey...

Lepas tu ada citer sedih, Powil yang berasap tadi ternyata kompom rosak dan tak boleh lagi teruskan perjalanan. Maka satu powil lagi pergi dulu, patah balik amik kami semula. Gitu......



Udah Berdemey Dahi...


10.35am

Kami tiba di Pos Musoh. Macam retis plak pabila orang Asli mengabadikan video kami tanpa henti, gaya mcm baru kuar mahkamah gitu. Tok Batik dengan anak buah udah standby kat laluan masuk Pos Musoh.. Ahhhhh padia ni... Lain maciam

Gogo kami Jai Kongkiak, bersalaman dan terus berpantun berbudi bahasa. Difahamkan, Tok Batin sekeras - kerasnya tidak membenarkan pendaki masuk lagi ke kawasan ini. Deme halau kami wehhh..
Katanya kita sudah tukar kerajaan baru, kita pon kene berubah, peraturan pon kene ubah.
Sesi pujuk memujuk hampir gagal, tampak gagal dan hampir putus asa di situ. Tok Batin kata mereka mahukan privasi tanah adat mereka tak kira la premit telah diberi oleh pihak hutan. Dia tak kira. No Entry!!!

Akhinya, kata sepakat di ambil. Memandangkan Tok Batin ada juga rasa kesian sebab powil kami rosak, dia bagi dengan berat hati tapi Abg Jai berjanji akan viral kan video yang melarang dan tidak benarkan lagi pendaki untuk menggunakan laluan di Pos Musuh ini.

Dengan erti kata lain, Kami adalah Pendaki Terakhir yang buat Transbatu ikut laluan Pos Musoh ini. Harap harap akan ada la orang yang buka trek lain atau dilembutkan hati mereka ini di kemudian hari.


Jai Kongkiak, Selaku Ketua Gogo Ekpedisi memohon agar pendaki tidak lagi masuk ke Pos Musuh dan disarankan guna laluan lain di kemudian hari
Mengenang Nasib...

Tok Batin dan Orang Kanan beliau...




Debaran makin terasa...Tok Batin Melarang Keras untuk kami guna laluan ini






















Alhamdullilah..... Syukur Pada Allah... Tob Batin beri keizinan dan kata sepakat dimeterai....

11.15am

Kami memulakan pendakian. Seram jugak kalau tok batin ubah pikiran last minit. Moh lekaih....aiii jilake panik betuila. hahaha.

Awal awal perjalanan masuk kebun, pokok buluh, landai, canak sikit. Semestinya jalan berbukit rolling naik turun bukit.








1.35pm

Tiba tiba dengor jeritan ada yang kene penyengat. Geng kami 2 orang pompuan kene. Keyna dan Alya kene gigitan penyengat. Fuhh.. nasib baik si Aleep yang bocor kepala tadi jadi hero. Dia pandai korek buang bisa serangga tu. Kalo idak uiiiii... mau bengkak dan demam.

Take five sambil sesi mengorek buang bisa penyengat.














                  Laluan pepohon buluh












Wah,  silang panggung siap berkipas yer kau Tina!!!




3.00pm

Ni kita istirehat lunch dan solat. Tak jauh lagi katanya. Perjalanan kami dikatakan 6km. Dengor mcm pendek tapi dalam hutan tak sama jarak dia. Ikut jam memang lebih 10km ler.

Trek mencanak anggaran 30% hingga 75%  darjah kecerunan. Kalo tak biase bole cramp betis dengan peha....

Padu bak ang...




5.45pm

Kesemua team akhirnya sampai di Kem Janda. Alhamdullilah semua dalam keadaan selamat dan muka senyum aje. Disini ada la mcm sungai kecik ala ala besar parit tu. Boleh mandi, refill ayor, suhunya sejuk gedi ke tulang sum sum.


































8.00pm

Kami dinner Nasi putih, Sup Ayam dengan Teh o Lemon. Asyukk la.. Sejuk, hujan dan lapor... Layan borak dalam kul 10.30 malam masok tidor.

Dalam lewat tengah malam, ada kedengaran orang menjerit di fly mana tak tau. Pecah sunyi. Ada yang bangun ada tak dengor pape. Tanye siapa tapi takde menyahut.

Ada juga yang kata nampak perempuan bertudung serba putih berlegar- legar di kawasan fly dan ada juga yang memerhati kami dari atas bukit kem site. Wallahu a'lam.





Bersambung di Hari Kedua.........



Comments

Popular posts from this blog

Senarai barang keperluan penting untuk mendaki

Keperluan utama 1) Kasut Ada banyak jenis kasut tapi teman senaraikan 2 jenis yang rasa macam relevan aje dari  ultralight trail sehingga ke mountaineering boots . Antaranya;- Hiking sandal, trail sandal, kasut getah Ringan dan digunakan untuk mendaki secara santai Trail run, hiking boots, mountain boots. Berat adakala ringan dan untuk mendaki serius dan teknikal. Untuk keselesaan dan nak elakkan kaki melecet beli ler kasut 1 atau 2 inci dari saiz sebenar. 2) Pakaian Musim panas kemarau macam Malaysia nie elokla pakai baju Dry Fit dan seluar yang tight atau hiking trousers. Tapi kalau mendaki musim sejuk kene la lebih serius dan amik tau. Teman selalu bawak barang paling minimum. Mau sawan merepek sebab beg berat kan. Jadi untuk meminimumkan baju baju sejuk tuh, Kita bawak yang perlu dan penting. Masa mendaki (Musim Sejuk) 3 je baju asas yang teman selalu pakai time mendaki 1)Baju Thermal (ikut suhu sejuk kalau panas tak payah) 2)Fleece (nipis2 je, kalau panas l

Gunung Rinjani (PART 2)

Sambungan dari kisah Part 1. Hari : 2 Dalam jam 12.00 malam kene kejut untuk bersiap siap Summit Attack. Minum makan lebih kurang dalam pukul 1.00am lebih kami bergerak slow2. Cuaca sangat sejuk 24 Celsius - 25 Celsius, windy tu yang tak menahan. Sampai ke sum sum hitam, gigil buah pinggang. Jadinya teman menonong tak tentu hala sebab sejuk sehingga tak perasan terjalan sorang sorang. Sebab bila kita berhenti sejuk dia macam terhiris hiris ke pipi. Masa nie dikatakan suhu drop sehingga 4 Celsius. Okay nie dah nak subuh dalam 4.30am ke 5.00am, pusing belakang takde sape sape dari group yang teman kenai. Cuak dan stress sebab pikirkan kene tinggal dan semua geng dah sampai puncak. Teman guna Gopro jadinya pic malam memang tak bole ler nak snap. Tengok Sunrise sambil minum 100 plus dan cekelat. Lepas lelah jap sambil tengok sunrise Nie edit bagi cerah skit. Sejam lebih layan view kat sini. Sambil pikir bole ke naik nie sebabnya lutut baru je operate, tengah denyut denyut p

Gunung Rinjani June 2015 (PART 1)

Part 1 Perbezaan Route Sembalun dan Route Senaru Gunung Rinjani adalah gunung berapi yang masih aktif di kepulauan Lombok. Ketinggian setinggi 3726m (12,224ft) menjadikan kedua tertinggi di Indonesia.  Keindahan gunung berapi di kawasan sekitar dan Danau Segara Anak yang menjadi tumpuan para pendaki.   Ianya terletak di kawasan Taman Nasional Gunung Rinjani atau di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat, Rinjani.  Dikhabarkan Gunung Rinjani antara 10 gunung tercantik di dunia. Ungkapan "Kalau sudah mendaki Gunung Rinjani, tak perlu lagi naik ke gunung lain," macam tepat.Sebabnya apabila kita mendaki je Gunung Rinjani kita seolah olah telah mendaki pelbagai jenis gunung ganang dalam hidup kita. Pemandangan padang rumput, mendaki bukit bukau dengan kehijauan, mendaki lereng lereng batu, mendaki sekeliling tasek segara anak yang tak mungkin anda dilupakan. Paling kemuncak apabila anda akan melalui tepian gunung berapi yang membuatkan anda ternganga mulut. Pendakian