Cuba anda bayangkan berlari di dalam hutan dan melihat
keindahan hutan yang menakjubkan. Adakah anda jenis yang berani menempuhi
cabaran meneroka tempat tersembunyi dan misteri. Ha… di sini teman list kan untuk mengkeme.
Buat sebagai bucket list wishes sekarang!!!
1) Black Forest, Germany
Nama hutan ini dikatakan sudah berbunyi misteri dan juga terkenal sebagai
rumah kepada banyak mitos dan legenda bagi penduduk tempatan. Dari hantu dan semangat hutan yang dikatakan berkeliaran , Black Forest
menyimpan pelbagai cerita dongeng dan
seram. Tetapi jangan risau sangat. Kawasan yang terletak di barat daya Jerman sebenarnya ada perkampungan yang
menarik dan menjadi tumpuan untuk para
pendaki kerana akan melalui laluan pemandangan yang menarik dan trek yang
berbatu batu.
2) Hallerbos, Belgium
Setiap musim bunga, hutan Belgium dipenuhi dengan bunga bluebells
‘bunga seakan akan orkid berwarna biru-ungu’,
seolah olah para pengunjung merasakan berjalan di atas permaidani biru – ungu seperti
dalam cerita dongeng.
3) Rata Forest, New Zealand
The Rata adalah sejenis pokok di New Zealand. Hutan ini
terletak di Enderby Island yang dipenuhi dengan ‘gnarled tree trunks’ pokok dan
dahan pokok seakan berbentuk bonsai. Terdapat banyak laluan mendaki di dalam
hutan dan di pulau itu sendiri.
4) Crooked Forest, Poland
Hutan Crooked terletak di luar Nowe Czarnowo di Poland. Sehingga
ke hari ini tiada siapa yang tahu mengapa pokok-pokok yang ada di sini kesemua
melengkung dalam bentuk yang sama. Ia diandaikan bahawa 400 pokok pine telah
ditanam di dusun ini sekitar tahun 1930,
kemungkinan untuk menghasilkan kayu semula jadi berbentuk melengkung untuk bot.
Tetapi sehingga ke hari ini, hutan kekal misteri.
5) Goblin Forest, New Zealand
Goblin Forest |
Mount Taranaki |
Goblin Hutan dikhabarkan benar-benar unik dan menyeramkan.
Terletak di kawasan daerah Taranaki. Alang alang dah kesini anda boleh lah ke Gunung Taranaki ‘Mount Taranaki’melalui ‘Egmont
National Park’. Gunung ini dikatakan
mirip Gunung Fuji, Jepun. Kenapa
dipanggil ‘goblin’ glow? Kerana lumut di sekitar seolah olah bercahaya apabila
disimbahi cahaya matahari.
6) Stanton Moor, UK
Stanton Moor, UK |
Struktur Batu di Stanton Moor, UK |
Hutan yang indah ini terletak di Stanton Moor di utara England. Pelbagai misteri
terutamanya batu batu di sekitar yang dipercayai wujud semenjak Zaman Batu dan
Zaman Gangsa.
7) Moss Swamp, Romania
Imej ini terletak di sekitar hutan Moss Swamp. Lokasi sebenar tidak di ketahui. Romania penuh dengan hutan dan gunung yang cantik, anda
perlu membuat banyak research bagi mendapatkan tempat yang paling cantik.
8) The Sea of Trees, or Aokigahara, Japan
Hutan Aokigahara terletak berdekatan kaki Gunung Mt Fuji.
Ianya dipenuhi hutan tebal dan menyimpan sejuta
misteri. Ia juga dikenali sebagai ‘Suicide forest’. Berhati hati apabila memasuki hutan ini. Dikatakan agak bahaya kerana
seringkali pendaki akan hilang. Hutan ini pernah difilemkan bertajuk The Forest
(2016). Anda akan jumpa rangka manusia dan mungkin mayat disekitar. Jangan panic..
Buat dek je Okay!.
9) Otzarreta Forest, Spain
Terletak di Negara Basque di Sepanyol, Otzarreta Forest
adalah sebahagian daripada Taman Semula Jadi Gorbea. Pokok-pokok purba,
dicampur dengan suasana berkabus, memberikan hutan ini udara yang sangat segar.
Pokok pokok ini nampak pelik dan unik.
10) Hoia-Baciu Forest, Romania
The Hoia-Baciu Forest dianggap antara hutan yang paling
berhantu di dunia, dan kadang-kadang dirujuk sebagai "Bermuda Triangle of
Transylvania." Orang ramai telah mendakwa mereka telah melihat UFO hantu disekitar
hutan, walaupun tiada siapa pasti. Legenda mengatakan terdapat bulatan misteri
di tengah tengah hutan yang menghangatkan aktiviti paranormal di sini.
11) Chinese Hemlock Trail, Taiwan
Pendakian trail ini terletak di Taipingshan National Forest
Recreation di Taiwan. Hutan ini mungkin agak menyeramkan tetapi jangan
risau lah, sebab trek dia pendek walaupun agak tinggi dan curam.
12) Tsingy Forest, Madagascar
Dikenali sebagai Hutan Pisau, Hutan Tsingy adalah kawasan
yang luar biasa yang terdiri daripada batu-batu kapur yang tajam seperti lidah tergantung dari bumi, sehingga
70 meter di udara. Walaupun ia mungkin salah satu taman negara yang paling
berbahaya untuk anda lawati tetapi ianya
berbaloi pada akhirnya.
Comments