Transbatu Fuh Berhabuk Debu Blog ni. Haha. Bismillahirrahmanirrahim... Dengan Izinnya kita bertemu jua kembali. Teman baru aje balik dari Transbatu. Level tahap kesukaran : 8.5/10. Level Angker : 7.5/10 Target area : Puncak Batu Dara - Puncak Batu Bujang - Puncak Batu Putih - Puncak Kok Masa : 4 hari 3 malam 14 September 2018, 8.00 pagi Kami satu team seramai 25 orang berkumpul di Masjid Batu 3, Tapah. Disini starting point untuk menaiki powil. Ada 2 powil angkut kami ke Pos Musoh Lebih kurang 50 minit. Ha ingke bebenor yer... hahaha... Maka bermulalah drama dan episod. Ater...... 9.10am Ingker benor naik powil. Sorang kawan kami, Aleep namanya berdiri atas powil tak perasan ada satu daun rotan berduri terjulur ke bawah. Mata tengah melihat keindahan sungai, tak sempat la dia nak elak juntaian duri tuh. Ha apa lagi, sapppppp. Tertanggal isi dahi, nyembor darah. Nasib baik tak kene mata. Kena mata mau buta. Terkoyak daging... nie berparu
Nasi Lemak Tangling & Ikan Bakar Tangling. Nak rasa kelainan? Apa kata cuba makanan di Tangling. Nasi lemak di bukak seawal pagi. Pukul 7.00pagi sehingga 12.00 tengahari. So bole la breakfast di sini dah lanjut lunch dengan ikan bakar. Nasi Lemak Tangling rasa enak dan ada aromanye tersendiri. Sambal nye tak pedas dan sedap. Memandangkan teman datang dah nak lunch lauk nye dah banyak habis. Teman dapat rasa daging rendang dan sotong. Sumpah lembut daging dia dan tip top. Sotong pon lembut dan cukup rasa sambalnya. Jangan terkejut kalau nak kene beratur. Datang la awal kalau nak makan lauk pauk yang lain yer. Antara yang ada dikatakan sedap adalah ayam goreng dia. Mengikut cerita pengusaha nya sekarang iaitu Fazaitul Akhma Zainal Abidin, gerainya telah lama wujud sejak tahun 1948. Tapak asal adalah di bawah pokok di kawasan berhampiran yang diusahakan oleh neneknya. Dan seterusnya di usahakan oleh ayahnya dan kemudian diambil alih oleh beliau. Nasi Lemak Tang