Skip to main content

Nasi Lemak Tangling dan Ikan Bakar Tangling



 Nasi Lemak Tangling & Ikan Bakar Tangling.

 Nak rasa kelainan?


Apa kata cuba makanan di Tangling. 

Nasi lemak di bukak seawal pagi. Pukul 7.00pagi sehingga 12.00 tengahari. So bole la breakfast di sini dah lanjut lunch dengan ikan bakar.

Nasi Lemak Tangling rasa enak dan ada aromanye tersendiri. Sambal nye tak pedas dan sedap. Memandangkan teman datang dah nak lunch lauk nye dah banyak habis. Teman dapat rasa daging rendang dan sotong. Sumpah lembut daging dia dan tip top. Sotong pon lembut dan cukup rasa sambalnya.

Jangan terkejut kalau nak kene beratur. Datang la awal kalau nak makan lauk pauk yang lain yer. Antara yang ada dikatakan sedap adalah ayam goreng dia.

Mengikut cerita pengusaha nya sekarang iaitu Fazaitul Akhma Zainal Abidin, gerainya telah lama wujud sejak tahun 1948. Tapak asal adalah di bawah pokok di kawasan berhampiran yang diusahakan oleh neneknya. Dan seterusnya di usahakan oleh ayahnya dan kemudian diambil alih oleh beliau.

Nasi Lemak Tangling telah dikategorikan sebagai Top Ten Nasi Lemak di Lembah Klang. Juga mendapat respon yang baik dari Trip Advisor.

Ikan Bakar Pak Din


Jangan mengeluh la kalau kene beratur. Memang ramai bila time lunch hour. Rasa asam dia agak unik. Rasa asam dan bawang dia lebih terasa dan tak pedas. Kalau nak pedas minta cili potong tambah. Nak selesa untuk makan ikan bakar kene  lah makan di bahagian belakang dapur gerai nie.
Cubalah makan lunch kat sini. Sebelah Nasi Lemak Tanglin sahaja.

Punye lah seronok sangat sembang sampai lupa nak snap pic banyak banyak pic ikan bakar nie. Bagi yang suka mencuba ikan bakar, teman sarankan try makan di sini pulak.


 Untuk lokasi klik aje disini. Selamat Mencuba!!!

GPS 3.144033, 101.690589

Alamat Nasi Lemak Tanglin
Tanglin Food Court
Jalan Cenderasari
Desa Sri Hartamas
504840 Kuala Lumpur


Boleh la kalau nak Brunch. Tapi lepas 12.00 tengahari dah tutop kedainya.
Ikan Bakar Pakdin, Sedap!
Nasi Lemak Tangling. Sotong Sambal dan Daging Rendang. Sedap okeh.
Waktu Perniagaan
Harga Menu yang masih murah

Datang lewat memang habisla lauknya
Boleh jugak duduk di belakang kedai nie ha.. 

Comments

Popular posts from this blog

Senarai barang keperluan penting untuk mendaki

Keperluan utama 1) Kasut Ada banyak jenis kasut tapi teman senaraikan 2 jenis yang rasa macam relevan aje dari  ultralight trail sehingga ke mountaineering boots . Antaranya;- Hiking sandal, trail sandal, kasut getah Ringan dan digunakan untuk mendaki secara santai Trail run, hiking boots, mountain boots. Berat adakala ringan dan untuk mendaki serius dan teknikal. Untuk keselesaan dan nak elakkan kaki melecet beli ler kasut 1 atau 2 inci dari saiz sebenar. 2) Pakaian Musim panas kemarau macam Malaysia nie elokla pakai baju Dry Fit dan seluar yang tight atau hiking trousers. Tapi kalau mendaki musim sejuk kene la lebih serius dan amik tau. Teman selalu bawak barang paling minimum. Mau sawan merepek sebab beg berat kan. Jadi untuk meminimumkan baju baju sejuk tuh, Kita bawak yang perlu dan penting. Masa mendaki (Musim Sejuk) 3 je baju asas yang teman selalu pakai time mendaki 1)Baju Thermal (ikut suhu sejuk kalau panas tak payah) 2)Fleece (nipis2 je, kalau pan...

Gunung Tahan

Gunung Tahan terletak di Taman Negara, Pahang merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia dan ke-6 di Malaysia selepas Gunung Kinabalu, Gunung Trusmadi, Gunung Tambuyukon, Gunung Murud dan Gunung Mulu yang berketinggian 2187 meter (7186 kaki). Ianya termasuk dalam senarai G7, gunung  yang berketinggian melebihi 7000 kaki dan menjadi idaman para pendaki bagi melengkapi misi, visi dan pengalaman sebagai pendaki tegar. Sekiranya anda mempunyai keberanian semangat yang berkobar kobar untuk mengharungi sungai, berjalan di atas trek yang jauh dan kem berhari hari, maka ini lah tempat yang sesuai. Gerenti ini merupakan tempat paling berharga untuk menimba pengalaman. Menguji mental dan fizikal paling tahap tertinggi dan paling agung sekali!. Dikatakan Gunung Tahan the most challenging trek in Malaysia. Disitu kita akan berbalik kepada fitrah semulajadi manusia. Mengenal erti hidup, muafakat, bersatu, tolong menolong, survival dan pelbagai lagi. Berbanding dengan...

12 Hutan Paling Misteri Di Dunia

Cuba anda bayangkan berlari di dalam hutan dan melihat keindahan hutan yang menakjubkan. Adakah anda jenis yang berani menempuhi cabaran meneroka tempat tersembunyi dan misteri.  Ha… di sini teman list kan untuk mengkeme. Buat sebagai bucket list wishes sekarang!!! 1) Black Forest, Germany Nama hutan ini dikatakan sudah berbunyi misteri dan juga terkenal sebagai rumah kepada banyak mitos dan legenda bagi penduduk tempatan. Dari hantu dan semangat hutan  yang dikatakan berkeliaran , Black Forest menyimpan  pelbagai cerita dongeng dan seram. Tetapi jangan risau sangat. Kawasan yang terletak di  barat daya Jerman sebenarnya ada perkampungan yang menarik dan  menjadi tumpuan untuk para pendaki kerana akan melalui laluan pemandangan yang menarik dan trek yang berbatu batu. 2) Hallerbos, Belgium Setiap musim bunga, hutan Belgium dipenuhi dengan bunga bluebells  ‘bunga seakan akan orkid berwarna biru-ungu’, seolah olah para pengunj...