Skip to main content

Posts

Kawah Ijen 2015

Gunung Ijen adalah sebuah gunung berapi aktif yang terletak di Banyuwangi, Jawa Timur, Indonesia. Gunung ini memiliki ketinggian 2443m dan berhampiran dengan Gunung Merapi. Kali terakhir meletus adalah pada tahun 1999. Fenomena alam yang amat mengagumkan di Gunung Ijen adalah kawah yang terletak di sekitar puncaknya. Kawah Ijen (Ijen Crater) dikatakan sebuah tasek terbesar di dunia. Kedalaman tasek mengjangkau 200 meter dan luas kawah 5446 hektar.  Keunikan kawah ijen adalah Blue Fire atau Api Biru.  Api biru ini hanya kelihatan sedang elok di antara pukul 1.00 pagi sehingga 5.00 pagi. Di khabarkan hanya ada 2 tempat sahaja yang wujud di dunia iaitu Ijen dan Islandia. Dari kejauhan selain dari Gunung Merapi turut kelihatan Gunung Raung, Gunung Suket, Gunung Ranted dan pelbagai gunung gunung kecil. Ada 2 cara untuk kesini sekiranya anda dari KL. Sama ada penerbangan ke Surabaya atau ke Bali. Route berbeza, cabaran berbeza, pengalaman berbeza dan aktiviti pun berbeza. Sekiranya and

Kisah dihendap semasa mandi

Kisah dihendap semasa mandi Teman masa kecil tak diajor atau dimomok kan takut dengan hantu. Mak selalu cakap hantu tak wujud. Jadinya teman nie paham ada hantu tapi ada lagi perkara kene takut, iaitu Maha Pencipta di atas sana. Teman masa kecik eiii buas bebenor. Kekadang pikior balik kalau teman di tempat mak dan abah dah lama la kene rimbuk lebam sana sini..haahhaha.  Teman dibesorkan 2 tempat yang berbeza. Dari beranak di Hospital Kuala Lumpur sampai darjah 2 teman dibesorkan di Sungai Besi. Lepas tu bapak teman pencen awai, jadinya pindah le ke Beruas, Perak. Kami berpindah ke rumah Tok wan dah Opah di kampu ng b elah mak. Mula – mula bersekolah kat kampong rasa janggal bebenor. Yelah, dah le nak kene bangun awai subuh pehtu kene mengayuh basikal bapak jauh gile. Lebih kurang 45 minit baru sampai, naik bukit turun bukit baru sampai. Udah berpeluh peluh masam,muka berminyak kene masuk kelas pulok. Teman shock culture sekejap. Sebabnye dok kampong ni, orang busy b

Gunung Berapi Yang Patut Di Lawati Di Indonesia

Klik untuk besorkan gambo nie.

12 Hutan Paling Misteri Di Dunia

Cuba anda bayangkan berlari di dalam hutan dan melihat keindahan hutan yang menakjubkan. Adakah anda jenis yang berani menempuhi cabaran meneroka tempat tersembunyi dan misteri.  Ha… di sini teman list kan untuk mengkeme. Buat sebagai bucket list wishes sekarang!!! 1) Black Forest, Germany Nama hutan ini dikatakan sudah berbunyi misteri dan juga terkenal sebagai rumah kepada banyak mitos dan legenda bagi penduduk tempatan. Dari hantu dan semangat hutan  yang dikatakan berkeliaran , Black Forest menyimpan  pelbagai cerita dongeng dan seram. Tetapi jangan risau sangat. Kawasan yang terletak di  barat daya Jerman sebenarnya ada perkampungan yang menarik dan  menjadi tumpuan untuk para pendaki kerana akan melalui laluan pemandangan yang menarik dan trek yang berbatu batu. 2) Hallerbos, Belgium Setiap musim bunga, hutan Belgium dipenuhi dengan bunga bluebells  ‘bunga seakan akan orkid berwarna biru-ungu’, seolah olah para pengunjung merasakan berjalan di ata